SK Tabut Lancar Program Cintailah Alam Sekitar, Semai Budaya Hijau dalam Kalangan Murid

Posted on 13 Feb 2026
Source of News: NREB
LUBOK ANTU 12 Februari 2026 – Program Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Tabut dengan kerjasama Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak Bahagian Betong telah berjaya dilaksanakan, bertujuan memupuk kesedaran dan tanggungjawab warga sekolah terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar. Program ini menggabungkan elemen teori dan amali untuk membentuk sikap prihatin serta budaya hijau dalam kehidupan harian murid.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti bacaan doa serta persembahan murid. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Guru Besar SK Tabut, En. Singka Anak Edang, sebelum ceramah bertemakan “Say No to Single Use Plastic” oleh AECO Mohd Syafiq bin Abdul Majid dari NREB Betong. Program diteruskan dengan perasmian Rumah Hijau Mini SK Tabut, yang berperanan sebagai simbol komitmen sekolah terhadap pemeliharaan alam sekitar serta sebagai pusat pembelajaran berterusan.

Selain itu, penyampaian hadiah diberikan kepada murid yang menyertai Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1 dan Pertandingan Mereka Cipta Bahan Kitar Semula Tahap 2. Aktiviti pada 11 Februari termasuk penanaman bunga dan herba dalam pasu, pengecatan tiang Rumah Hijau Mini, serta pembinaan rumah mini hijau herba. Seramai 13 murid dan 10 guru serta staf terlibat, manakala pegawai NREB seperti EA Asyran Zharif bin Mos dan PK Mohammad Azril Fadzil turut menjayakan program.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, menggalakkan amalan hijau dan menanam nilai tanggungjawab. Ia juga memperkukuh kerjasama antara sekolah dan NREB, menyediakan platform pembelajaran berasaskan pengalaman, dan menyemai nilai murni seperti kerjasama, disiplin serta kasih sayang terhadap alam bagi melahirkan generasi prihatin dan bertanggungjawab.

Program Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK TabutProgram Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK TabutProgram Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK TabutProgram Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK TabutProgram Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK TabutProgram Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK TabutProgram Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK TabutProgram Cintailah Alam Sekitar anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Tabut


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 02 Mar 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls