SK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar

Posted on 13 Feb 2026
Source of News: NREB
BINTULU 12 Februari 2026 (Khamis) – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pasir Nangka, Sekolah Kebangsaan Rumah Barrau, Tatu dengan penglibatan aktif warga sekolah dan komuniti setempat. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Puan Agnes Lendun anak John Jute yang menekankan kepentingan memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan. Majlis seterusnya dirasmikan oleh wakil Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak Bahagian Bintulu, Encik Franky Ajang Dudong.

Antara pengisian utama program ialah gimik pelancaran melalui penanaman pokok jenis Ficus sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar. Turut diadakan ceramah pengenalan Kelab PALS kepada murid dan warga sekolah bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar. Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kolaj, mewarna poster, nature hunt dan green bean boom. Program ini dihadiri oleh 76 murid, 14 guru, dua wakil PPD Tatau/Sebauh serta empat wakil PIBG. Pegawai NREB yang terlibat ialah ECO Norazry, AECO Franky, SEA Shaiful dan PKA Jabni.

SK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam SekitarSK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam SekitarSK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam SekitarSK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam SekitarSK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam SekitarSK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam SekitarSK Rumah Barrau, Tatau lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar

 


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 02 Mar 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls