SK Lubok Tekurok, Limbang lancar Kelab Pencinta Alam Sekitar
Posted on 12 Feb 2026
Source of News: NREB
LIMBANG, 11 Februari 2026 (Rabu) – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sekolah Kebangsaan Lubok Tekurok. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Lubok Tekurok yang menekankan kepentingan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah dan komuniti.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah gimik pelancaran penanaman pokok sebagai simbol komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar, selain penyampaian hadiah kepada murid yang menyertai pertandingan fesyen pakaian beragam daripada bahan terpakai. Program ini dihadiri oleh 36 murid, 22 guru termasuk Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), serta 21 wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). NREB diwakili oleh Encik Calvet Bryant.