LIMBANG 12 Februari 2026 – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Luba. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Guru Besar yang menekankan kepentingan memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid.
Antara pengisian program ialah gimik pelancaran dan penyampaian hadiah pertandingan mewarna bertemakan alam sekitar. Seramai 65 murid, 14 guru dan tiga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) terlibat dalam program ini. NREB diwakili oleh Encik Calvet Bryant.


