Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, Pusa

Posted on 14 Feb 2026
Source of News: NREB
PUSA, 13 Februari – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang telah diadakan dengan penuh semangat di Dewan Sri Bunian, SK Spinang. Program ini dirasmikan oleh wakil Natural Resources and Environment Board (NREB) Betong, AECO Mohd Syafiq bin Abdul Majid, sebagai simbol komitmen bersama dalam usaha memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan murid sekolah rendah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti bacaan doa serta tayangan montaj aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan mewarna alam sekitar, penghasilan produk kreatif berasaskan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan penyediaan tapak taman botani sekolah.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Helamir bin Haji Spawi yang menekankan kepentingan pendidikan alam sekitar sejak usia muda. Seramai 108 murid serta 14 guru dan staf hadir memeriahkan majlis tersebut. Antara acara kemuncak ialah gimik pelancaran melalui penanaman pokok bunga di tapak taman botani sebagai simbolik kelestarian. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna Alam Sekitar Tahap 1 dan Pertandingan Produk Kreatif Tahap 2. Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran, kreativiti dan semangat kerjasama warga sekolah dalam menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih, ceria dan lestari.

Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, PusaPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, PusaPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, PusaPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, PusaPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, PusaPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, PusaPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, PusaPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan Spinang, Pusa


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 20 Feb 2026

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls