Perbincangan Anti Bribery Management System (ABMS)

Posted on 23 Jan 2026
Source of News: NREB
Kuching, 23 Januari 2026 — Unit Integriti NREB telah mengadakan perbincangan berkaitan pelaksanaan Anti Bribery Management System (ABMS) bersama Ketua Pegawai Integriti (CeIO) Jabatan Hutan Sarawak, En Abdul Wahab. Perbincangan yang berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang di Tingkat 15, Jabatan Hutan Sarawak, Baitulmakmur ini bertujuan membincangkan pelan dan tahap persediaan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) ke arah persijilan ABMS. Sesi ini turut merangkumi perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam pelaksanaan ABMS bagi memperkukuh tadbir urus, integriti dan usaha pencegahan rasuah di NREB.

Perbincangan Anti Bribery Management System (ABMS)Perbincangan Anti Bribery Management System (ABMS)


BACK