Program Kesedaran Alam Sekitar “Make Me New” dan Perasmian Kelab PALS di SK Petra Jaya

Posted on 17 Dec 2025
Source of News: NREB
KUCHING, 16 Disember 2025 – Program Kesedaran Alam Sekitar “Make Me New” serta Majlis Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah berjaya dianjurkan di Dewan SK Petra Jaya dengan penyertaan kira-kira 600 orang murid termasuk Perdana dan PPKI Tahap 1 dan 2, serta 68 orang guru.

Program ini melibatkan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bahagian Kuching dan Trienekens Sarawak. Pegawai NREB yang terlibat ialah Nurfarahin Yusop, Erickson Bayo dan Mohd Firdaus Tuah, manakala Trienekens diwakili oleh Puan Diana Lambung dan Cik Farah.

Antara pengisian utama program ialah ucapan perasmian oleh Guru Besar, Puan Norhayati binti Tokis, perkongsian kelestarian alam sekitar oleh NREB, sesi Wise Up to Waste oleh Trienekens, serta gimik perasmian Kelab PALS. Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kitar semula dan Make Me New, dengan jumlah kutipan bahan kitar semula sebanyak 127 kilogram.

Program Kesedaran Alam Sekitar “Make Me New” dan Perasmian Kelab PALS di SK Petra JayaProgram Kesedaran Alam Sekitar “Make Me New” dan Perasmian Kelab PALS di SK Petra JayaProgram Kesedaran Alam Sekitar “Make Me New” dan Perasmian Kelab PALS di SK Petra Jaya


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 31 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls