KANOWIT 15 Disember 2025 – Program Pertandingan Inovasi Reka Cipta Bahan Kitar Semula 3R anjuran Majlis Daerah Kanowit telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Masyarakat Kanowit. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta menggalakkan kreativiti masyarakat dalam mengamalkan konsep pengurangan, guna semula dan kitar semula (3R).
Seramai tiga pegawai dari NREB Sarawak telah terlibat dalam program ini, iaitu ECO Ezzah binti Nawawi, AECO Anelka anak Frankie dan PK Abdul Rahman. AECO Anelka telah dilantik sebagai juri bagi pertandingan inovasi reka cipta bahan kitar semula 3R, manakala ceramah bertemakan Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 5R telah disampaikan oleh ECO Ezzah.
Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh YB Tuan Allan Siden Gramong, ADUN N.50 Machan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Anyi anak Jana, ADUN N.49 Ngemah. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang pertandingan.
Laporan oleh Ezzah Nawawi




