Seminar Kesedaran Perlindungan dan Penguatkuasaan Hutan 2025

Posted on 13 Dec 2025
Source of News: NREB
KUCHING, 11–12 Disember 2025 – Seminar Kesedaran Terhadap Perlindungan dan Penguatkuasaan Hutan 2025 bertemakan “Memperkasa Penguatkuasaan, Melestarikan Khazanah Hutan” telah berlangsung dengan jayanya di The Waterfront Hotel, Kuching. Seminar dua hari ini bertujuan meningkatkan profesionalisme, kesedaran serta menjadi platform perkongsian ilmu dalam kalangan pegawai penguat kuasa sumber hutan di Malaysia.

Seramai 120 peserta daripada pelbagai agensi termasuk JHS, JPSM, MTIB, PGA, APMM, STIDC, SFC, MUDeNR dan institusi akademik telah menghadiri seminar ini. NREB diwakili oleh ECO Mathew Losey dan SAECO Mohd. Arnie Mustapha.

Sebanyak lapan kertas kerja telah dibentangkan merangkumi aspek penguatkuasaan hutan, penggunaan teknologi seperti pemantauan satelit, GIS dan SMART Forestry, siasatan serta pendakwaan kes jenayah hutan, selain perlindungan kawasan terlindung sepenuhnya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datu Haji Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak, manakala majlis penangguhan dan penyampaian cenderamata disempurnakan oleh Tuan Haji Happysupina bin Sait, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak.

Seminar Kesedaran Perlindungan dan Penguatkuasaan Hutan 2025Seminar Kesedaran Perlindungan dan Penguatkuasaan Hutan 2025Seminar Kesedaran Perlindungan dan Penguatkuasaan Hutan 2025Seminar Kesedaran Perlindungan dan Penguatkuasaan Hutan 2025Seminar Kesedaran Perlindungan dan Penguatkuasaan Hutan 2025


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 15 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls