Program Penanaman Pokok di UPM Bintulu

Posted on 13 Dec 2025
Source of News: NREB
BINTULU, 12 Disember 2025 – Program Penanaman Pokok hasil kolaborasi pelbagai agensi dan industri telah berjaya dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Bintulu. Program ini dianjurkan sebagai sokongan berterusan terhadap usaha pemeliharaan biodiversiti serta pemuliharaan landskap semula jadi di kawasan Bintulu, di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor industri.

Sebanyak 300 anak pokok telah ditanam, melibatkan tiga spesies Ficus iaitu Ficus racemosa, Ficus nervosa dan Ficus variegata. Majlis dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh Dr. Mohd Amrul bin Abdul Hisam, Doktor UPMS, diikuti ucapan alu-aluan oleh Ts. Abdul Mazli Hafiz bin Abdul Malik, Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Bintulu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. John Keen Chubo, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar UPMS.

Program ini melibatkan kerjasama NREB, UPMS, JAS dan BDA, serta sokongan sektor industri iaitu Gleanaly Plantation Sdn. Bhd. dan Harbour Link Group Berhad.

Program Penanaman Pokok di UPM Bintulu


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 15 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls