BINTULU, 13 Disember 2025 – Program Ceramah Alam Sekitar sempena Hari Keusahawanan SK St Anthony 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan St Anthony, Bintulu. Program ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar serta memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan murid sekolah.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK St Anthony selaku jemputan perasmian, diikuti ceramah daripada Natural Resources and Environment Board (NREB). Ceramah tersebut memfokuskan kepada pengenalan peranan NREB serta perkongsian maklumat berkaitan langkah persediaan dan keselamatan dalam menghadapi bencana banjir.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program, antaranya kiosk jualan kelab-kelab sekolah termasuk Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS), kiosk mini sukaneka anjuran sekretariat program, pameran daripada agensi kerajaan dan swasta seperti KKM, ASNB dan Maxis-Unify, serta taklimat khas oleh ASNB.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa, guru serta murid sekolah, sekali gus menyokong objektif penganjuran Hari Keusahawanan SK St Anthony 2025.


