SARIKEI, 28 November 2025 – Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SJK(C) Su Lee berlangsung dengan jayanya di Dewan SJK(C) Su Lee, melibatkan kehadiran kira-kira 110 murid dan 11 guru. Program turut disertai pegawai daripada Natural Resources and Environment Board (NREB), iaitu ECO Doris anak Kanyi, EA Alexander Aling dan intern Cik Hanira Jafery.
Majlis dimulakan dengan gimik perasmian, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Guru Besar sebelum perasmian kelab disempurnakan oleh wakil NREB. Program diteruskan dengan sesi taklimat dan perkongsian mengenai matlamat, peranan serta sejarah penubuhan Kelab PALS, selain pendedahan tentang aktiviti kelestarian yang dianjurkan NREB.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang pertandingan, sebagai penghargaan atas kreativiti dan penyertaan mereka.
Laporan oleh Alexander Aling





