Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, Sarikei

Posted on 04 Dec 2025
Source of News: NREB
Sarikei, 3 Disember 2025 – Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SJK(C) Tiong Ho berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka sekolah tersebut. Seramai 42 murid dan 14 guru hadir bagi memeriahkan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

Majlis turut disertai pegawai daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), iaitu AECO Anelka Frankie, SEA Tony Nira dan PK Kendawang Lepang. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan Guru Besar, En. Tiong Yii Hii, sebelum perasmian kelab disempurnakan oleh wakil NREB.

Antara pengisian menarik ialah gimik pelancaran, penanaman tiga keratan pokok di kawasan sekolah, serta penyampaian hadiah pertandingan mewarna poster dan kuiz alam sekitar. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar.

Laporan oleh Anelka Frankie

Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, SarikeiPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, SarikeiPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, SarikeiPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, SarikeiPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, SarikeiPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, SarikeiPelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SJK(C) Tiong Ho, Sarikei


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 10 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls