Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakong Terus, Dalat

Posted on 08 Dec 2025
Source of News: NREB
Dalat, 5 Disember 2025 – Majlis perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakong Terus telah berlangsung di Dewan Terbuka sekolah berkenaan dengan jayanya. Program anjuran Kelab PALS SK Kampung Bakong Terus ini dihadiri oleh 10 orang guru dan 60 orang murid, serta disertai pegawai NREB iaitu AECO Daylind Paya, SEA Zulfadli bin Tajuddin dan EA Herman Luyan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, diikuti ucapan perasmian oleh AECO Daylind Paya mewakili NREB. Aktiviti utama termasuk penjurian Pertandingan Busana bertema Kitar Semula, serta penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Busana Kitar Semula.

Sebagai simbolik perasmian, Kelab PALS turut mengadakan gimik menanam pokok, menyerlahkan komitmen terhadap pendidikan alam sekitar dan kelestarian. Majlis berakhir dengan suasana meriah, meninggalkan kesan positif kepada murid-murid dalam memupuk minat terhadap penjagaan alam sekitar.

Laporan oleh Daylind Paya

Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakong Terus Diadakan di DalatPerasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakong Terus Diadakan di DalatPerasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakong Terus Diadakan di DalatPerasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakong Terus Diadakan di DalatPerasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Kampung Bakong Terus Diadakan di Dalat


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 10 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls