Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti 2025 Di Bawah Projek River Recovery R2 Sungai Plan, Bintulu
Posted on 08 Dec 2025
Source of News: NREB
Bintulu, 5 Disember 2025 – Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti 2025 di bawah Projek River Recovery R2 Sungai Plan telah berlangsung dengan jayanya di Kemena Plaza Hotel, Bintulu. Majlis pelancaran dirasmikan oleh CEQ Datu Jack Anak Liam, menandakan komitmen untuk memperkukuh pemuliharaan Sungai Plan.
Program ini merangkumi beberapa sesi utama termasuk ceramah pengurusan sungai oleh AECO Kartina dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, ceramah pengurusan sisa pepejal oleh Eric Dio dari BDA dan ceramah mengenai penambahbiakan buaya berkaitan sampah oleh Pn Lata dari SFC. Turut dijalankan ialah Modul Kesedaran Alam Sekitar oleh UPMS dan Modul Ecobrick oleh AECO Franky, selain Kempen Jualan Minyak Masak Terpakai oleh Green Town Eco.
Program ini turut dihadiri rakan kolaborasi Projek R2 termasuk Malaysia LNG Sdn Bhd, BDA, DOE dan UPM Sarawak, serta komuniti Sungai Plan bersama dua sekolah PPD.