Daro, 6 Disember 2025 – Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) Bahagian Mukah Tahun 2025 telah dilaksanakan di Dewan Kampung Pangtray, Daro. Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti ini turut mendapat kerjasama SCSDU, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), JKMS, JSJN, PPDK, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Daro, Baitulmal, SFC, Bomba, AADK, JPNS dan KKM.
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak telah melaksanakan beberapa aktiviti berkaitan kesedaran alam sekitar. Antara pengisian utama ialah ceramah kepentingan dan faedah baja kompos oleh SAECO Edward Ambuas serta demonstrasi penyediaan baja kompos oleh EA Mohd Johari Samaya dan SEA Soffian Abus. Turut diadakan ialah pameran peranan agensi dalam pemeliharaan alam sekitar dan Kuiz Alam Sekitar dengan hadiah disediakan oleh penganjur.
Program ini berjaya menarik penyertaan 178 komuniti setempat dan 53 kakitangan kerajaan, mencerminkan sokongan terhadap usaha pembangunan sosial dan kelestarian alam sekitar.
Laporan oleh Edward Ambuas





