Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Labang, Sebauh

Posted on 26 Nov 2025
Source of News: NREB

SEBAUH, 25 Nov — Majlis Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SK Labang, Sebauh telah berlangsung dengan jayanya dihadiri 137 murid dan 22 guru. Program ini disempurnakan oleh pegawai NREB, ECO Norazry dan AECO Franky. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Noorsaparudin bin Mohd Noor, Penolong Kanan Kokurikulum SK Labang Sebauh, diikuti ucapan perasmian oleh wakil Pegawai NREB Bintulu.

Antara aktiviti utama termasuk gimik pelancaran menanam pokok, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan kuiz bertemakan alam sekitar, serta simbolik menandatangani sijil jalinan kerjasama NREB dengan SK Labang sebagai rakan strategik sekolah. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kelestarian alam sekitar serta memupuk penglibatan aktif melalui aktiviti interaktif dan pendidikan alam sekitar.

Kelab Pencinta Alam Sekitar PALS SK Labang SebauhKelab Pencinta Alam Sekitar PALS SK Labang SebauhKelab Pencinta Alam Sekitar PALS SK Labang SebauhKelab Pencinta Alam Sekitar PALS SK Labang SebauhKelab Pencinta Alam Sekitar PALS SK Labang SebauhKelab Pencinta Alam Sekitar PALS SK Labang Sebauh

 



BACK