Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Green Road

Posted on 26 Nov 2025
Source of News: NREB
KUCHING, 25 Nov — Majlis perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SK Green Road berlangsung di dewan sekolah dengan kehadiran 750 murid dan 20 guru. Program ini turut dihadiri pegawai NREB, ECO Ng Kai Ning dan SEA Syahir. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar sekolah. Ceramah mengenai peranan Kelab PALS dalam usaha pendidikan alam sekitar disampaikan bagi memberi pendedahan kepada para murid.
Ucapan perasmian penubuhan Kelab PALS seterusnya diikuti dengan pelancaran gimik kelab. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah serta cenderamata kepada peserta dan penyumbang program. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan penglibatan murid dalam memelihara kelestarian alam sekitar melalui aktiviti interaktif dan pendidikan.

Perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) SK Green Road


BACK