MIRI, 25 Nov — Majlis perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SK Long Pillah telah berlangsung di dewan sekolah dengan kehadiran 39 murid dan 12 guru. Program ini turut dihadiri pegawai NREB, AECO Jaclyn Ak Welling, SEA Kennedy Ak Nujong, EA Mohd Azmi Bin Lamit, dan PKA Hatta Bin Tarmizi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Encik Samuel Simon Erang. Wakil NREB seterusnya menyampaikan ucapan perasmian Kelab PALS, diikuti gimik perasmian kelab.
Aktiviti lain termasuk penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna, melukis poster, dan reka cipta alam sekitar, serta penyampaian cenderahati kepada wakil NREB. Program turut menampilkan pameran hasil pertandingan murid sekolah bagi mempamerkan kreativiti dan pemahaman mereka terhadap pendidikan alam sekitar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan memelihara alam sekitar melalui aktiviti interaktif dan kreatif.
Laporan oleh Jaclyn Ak Welling



