BINTULU, 21–22 Nov — Perkhemahan Bersepadu Badan Unit Beruniform berkonsep alam sekitar telah dijalankan di Tapak Perkhemahan Kuala Nyalau, Bintulu, dengan penyertaan 102 murid, 17 guru dan 50 ahli komuniti. Program ini turut melibatkan kolaborasi bersama Sarawak Water (Encik Alexander Jendu) dan Pasukan Bomba Samalaju (Encik Paul). Aktiviti hari pertama (21 Nov) merangkumi pertandingan membina gadjet, pertandingan masakan rimba, serta pertandingan malam kebudayaan. Hari kedua (22 Nov) menampilkan aktiviti flogging, latihan rawatan bantu mula, dan sukaneka menggunakan bahan terpakai.
Pegawai NREB Bintulu yang hadir sebagai juri dan pemerhati sepanjang program ialah ECO M. Norazry, SEA Shaiful, dan PKA Merzuki. Program ini bertujuan memupuk kesedaran alam sekitar, kemahiran kepimpinan, serta kreativiti murid melalui aktiviti berasaskan pengalaman sebenar dalam suasana berkelompok dan interaktif.


