PUEH, 22 Nov — Perkhemahan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) dan Projek Kelestarian Pantai telah dianjurkan oleh SK Sebat di Kem Belia Pueh dengan penyertaan 55 murid dan 14 guru. Program ini turut dihadiri pegawai NREB, ECO Ng Kai Ning. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar sekolah. ECO Ng Kai Ning seterusnya menyampaikan ucapan perasmian serta menerangkan peranan Kelab PALS dalam memupuk kesedaran dan pendidikan alam sekitar di kalangan murid.
Program diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna poster, diikuti aktiviti Projek Kelestarian Pantai bagi melibatkan murid secara langsung dalam usaha memelihara alam sekitar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kelestarian alam sekitar melalui pendekatan praktikal dan interaktif.