Perkhemahan Alam Sekitar & Unit Beruniform di SK Sungai Bagiau, Bintulu

Posted on 21 Nov 2025
Source of News: NREB
BINTULU, 20 Nov - Program Perkhemahan Alam Sekitar dan Unit Beruniform telah dijalankan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 November 2025 di Padang SK Sungai Bagiau, Tatau, Bintulu, dengan penyertaan 35 murid dan 13 guru. Pada hari kedua, pegawai daripada NREB Bintulu dijemput sebagai penceramah untuk memberi penerangan mengenai peranan Kelab PALS serta faedah penyertaan murid dan sekolah dalam kelab tersebut. Selain itu, aktiviti pertandingan reka cipta menggunakan bahan terpakai turut dijalankan bagi memupuk kreativiti dan kesedaran alam sekitar.
Pegawai NREB yang hadir pada program ini ialah AECO Franky, AECO Azizi, dan PKA Merzuki, yang turut memantau penglibatan murid serta memberi bimbingan sepanjang program. Program ini berjaya menggabungkan aktiviti pendidikan alam sekitar dengan pembentukan disiplin melalui penglibatan unit beruniform, sekali gus meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan kelestarian alam sekitar.

Perkhemahan Alam Sekitar & Unit Beruniform di SK Sungai Bagiau, BintuluPerkhemahan Alam Sekitar & Unit Beruniform di SK Sungai Bagiau, BintuluPerkhemahan Alam Sekitar & Unit Beruniform di SK Sungai Bagiau, BintuluPerkhemahan Alam Sekitar & Unit Beruniform di SK Sungai Bagiau, BintuluPerkhemahan Alam Sekitar & Unit Beruniform di SK Sungai Bagiau, BintuluPerkhemahan Alam Sekitar & Unit Beruniform di SK Sungai Bagiau, Bintulu


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls