SARIKEI, 21 Nov — Program Ceramah Alam Sekitar bertemakan Amalan Pengurusan Sisa Lestari telah diadakan di Dewan Khalid Al Walid, Sekolah Agama (MIS) Sarikei dengan penyertaan lebih kurang 377 pelajar dan 38 guru. Program ini dianjurkan selepas jemputan pihak sekolah kepada NREB Bahagian Sibu. Pegawai NREB yang terlibat ialah ECO Ezzah Nawawi dan SEA Damian Anthony Jinal, dengan sesi energizer khas yang dikendalikan oleh SEA Damian bagi merancakkan interaksi bersama murid.
Ceramah disampaikan oleh ECO Ezzah dengan penekanan terhadap amalan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Repurpose), merangkumi topik seperti kepentingan amalan 5R, impak negatif pencemaran, pengasingan sisa di sekolah dan rumah, kaedah praktikal pengurangan sisa harian, serta kitar semula bahan buangan elektrik dan elektronik (E-waste). Sesi kuiz dan soal jawab turut diadakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas pengurusan sisa secara mudah dan berkesan, dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.
Laporan oleh Ezzah Nawawi





