Perasmian Kelab PALS SJK Chung Hua Sematan Tingkat Kesedaran Alam Sekitar Pelajar

Posted on 20 Nov 2025
Source of News: NREB

SEMATAN, 19 Nov — Majlis perasmian Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SJK Chung Hua Sematan telah berlangsung di dewan sekolah dengan kehadiran 120 murid dan 10 guru. Program ini turut dihadiri pegawai NREB, ECO Ng Kai Ning.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar sekolah. ECO Ng Kai Ning seterusnya menyampaikan ucapan mengenai peranan Kelab PALS dalam memperkukuh pendidikan alam sekitar kepada para murid.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna poster serta pertandingan mereka cipta tanglung, yang bertujuan memupuk kreativiti dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid.

Program ini menekankan kepentingan pendidikan alam sekitar dan penglibatan aktif pelajar dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Perasmian Kelab PALS SJK Chung Hua Sematan Tingkat Kesedaran Alam Sekitar PelajarPerasmian Kelab PALS SJK Chung Hua Sematan Tingkat Kesedaran Alam Sekitar PelajarPerasmian Kelab PALS SJK Chung Hua Sematan Tingkat Kesedaran Alam Sekitar Pelajar

 


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls