Program Go Green Heroes di SK Nanga Tibu, Lubok Antu Tingkat Kesedaran Alam Sekitar Pelajar

Posted on 19 Nov 2025
Source of News: NREB
LUBOK ANTU, 17–18 Nov — Program Go Green Heroes anjuran Majlis Daerah Lubok Antu telah diadakan di Dewan SK Nanga Tibu dengan penyertaan 50 murid dan 11 guru. Program ini turut melibatkan beberapa jabatan dan agensi termasuk MBKS Kuching, Bomba Betong, NREB Betong, SEB, serta Kelab PALS SMK Engkelili.
Majlis perasmian program disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Khas Pejabat Timbalan Menteri, Tuan Jack Meredan, yang mewakili Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.
Pegawai NREB Betong yang terlibat ialah SAECO Willie Anak Michael Jepus, SEA Julian bin Jolhiri, dan Alliesha Dundun Anak Adely Kanyan (Protege). Program ini bertujuan menerapkan nilai murni menjaga alam sekitar, memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan kelestarian alam, serta melibatkan mereka dalam aktiviti upcycle menggunakan sisa makanan dan sampah domestik.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah bertajuk Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama oleh SAECO Willie Anak Michael Jepus, sesi kuiz alam sekitar oleh SEA Julian bin Jolhiri, dan permainan alam sekitar oleh Alliesha Dundun Anak Adely Kanyan. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan.

Laporan oleh Willie Anak Michael Jepus

Program Go Green Heroes di SK Nanga Tibu, Lubok AntuProgram Go Green Heroes di SK Nanga Tibu, Lubok AntuProgram Go Green Heroes di SK Nanga Tibu, Lubok AntuProgram Go Green Heroes di SK Nanga Tibu, Lubok AntuProgram Go Green Heroes di SK Nanga Tibu, Lubok AntuProgram Go Green Heroes di SK Nanga Tibu, Lubok Antu


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls