LIMBANG, 18 Nov — Pelancaran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di SK Merambut telah diadakan di Dewan Sri Kaintadan dengan kehadiran 32 murid, 15 guru dan 3 wakil PIBG. Program ini turut melibatkan pegawai NREB Limbang iaitu AECO Jeslin Kanady, EA Calvet Bryant ak Morin dan PK Mohamad Ihsan Bin Pangis.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Merambut, Encik Ahmad Bin Bakar. Taklimat mengenai PALS disampaikan oleh pihak NREB sebelum gimik perasmian kelab dijalankan.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Pertandingan Pakaian Beragam serta pertandingan mewarna, diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan memelihara alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan interaktif.
Laporan oleh Jeslin Kanady




