Ceramah Alam Sekitar “Save Our Earth” di SK Assan Nunggang

Posted on 27 Nov 2025
Source of News: NREB
Sibu, 26 November 2025 - Program Ceramah Alam Sekitar bertemakan “Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” telah diadakan di Dewan Terbuka SK Assan Nunggang. Program ini melibatkan kehadiran dua pegawai NREB, iaitu ECO Ezzah Nawawi dan SEA Damian Anthony Jinal.
Pihak sekolah telah menjemput NREB Bahagian Sibu sebagai penceramah utama program. Ceramah telah disampaikan oleh ECO Ezzah kepada seramai 22 orang pelajar dan 8 orang guru, dengan penekanan khusus terhadap amalan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recover). Sesi ceramah turut disusuli dengan kuiz dan sesi soal jawab bagi menguji pemahaman peserta.
Program ini memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai kaedah mudah dan berkesan dalam pengurusan serta pengurangan sisa, selaras dengan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar.
Selain ceramah, para pelajar turut berpeluang melawat booth pameran seperti Farmers Market, My Pet, Photobooth, serta pameran hasil pertandingan mewarna yang diadakan bersempena program tersebut.

Laporan oleh Ezzah Nawawi

Program Ceramah Alam Sekitar “Save Our Earth” di SK Assan NunggangProgram Ceramah Alam Sekitar “Save Our Earth” di SK Assan NunggangProgram Ceramah Alam Sekitar “Save Our Earth” di SK Assan NunggangProgram Ceramah Alam Sekitar “Save Our Earth” di SK Assan NunggangProgram Ceramah Alam Sekitar “Save Our Earth” di SK Assan Nunggang



 


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 18 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls