Majlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB Betong

Posted on 26 Nov 2025
Source of News: NREB
BETONG, 25 Nov — Majlis persaraan bagi meraikan Encik Ganti telah berlangsung di Bilik Mesyuarat NREB Betong. Majlis ini diadakan untuk menghargai sumbangan, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang perkhidmatan. Ucapan pembukaan disampaikan oleh SECO Mohd. Jefrin Azlan Abdullah, Ketua Pejabat NREB Bahagian Betong, mengimbau rekod perkhidmatan cemerlang Encik Ganti serta nilai kepimpinan dan profesionalisme yang ditonjolkan beliau.
Rakan-rakan sekerja turut berkongsi ucapan penghargaan, menekankan etika kerja tinggi, tanggungjawab, peranan beliau sebagai mentor, serta kerjasama yang sentiasa dipupuk di tempat kerja. Sebagai tanda penghargaan, Encik Ganti menerima Sijil Persaraan dan cenderahati.
Dalam ucapan perpisahan, beliau menyampaikan rasa syukur atas sokongan semua pihak dan memberi dorongan agar warga NREB terus mengamalkan integriti serta kerja berpasukan. Majlis ditutup dengan jamuan ringan sebagai simbol perpisahan dan penghargaan.

Majlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB BetongMajlis Persaraan Encik Ganti Disambut Penuh Penghormatan di NREB Betong


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 28 Nov 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls