Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik dan Tin Aluminium SK Pangkalan Ampat, Padawan

Posted on 27 Nov 2025
Source of News: NREB
Padawan, 27 November 2025 – Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik dan Tin Aluminium bagi murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK Pangkalan Ampat telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Borneo, SK Pangkalan Ampat, Padawan.

Majlis tersebut dihadiri seramai 68 orang murid, 15 orang guru, serta 3 wakil PIBG. Turut hadir bagi mewakili Pejabat NREB Bahagian Kuching ialah SAECO Alvin Martin Geris, EA Erickson Bayo, dan PKA Hamzah bin Sahak.

Pertandingan yang berlangsung dari 3 hingga 25 November 2025 itu bertujuan memberikan pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga alam sekitar melalui amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Sepanjang pertandingan, murid berjaya mengumpul 2,120 botol plastik bagi Kategori A dan 5,028 tin aluminium bagi Kategori B—menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Majlis penutupan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku, diikuti ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn. Winnie ak Pogo. Seterusnya, Guru Besar SK Pangkalan Ampat, En. Warren Bunsu ak Martin Gana, menyampaikan ucapan sebelum perasmian majlis dilakukan oleh wakil Pejabat NREB Bahagian Kuching.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan, diikuti penyampaian cenderahati kepada wakil NREB serta sesi bergambar bersama pemenang.

Program ini bukan sahaja berjaya menyemai kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid, malah menggalakkan pembudayaan amalan kitar semula di sekolah.

Laporan oleh Alvin Martin Geris

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik dan Tin Aluminium SK Pangkalan Ampat, PadawanMajlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik dan Tin Aluminium SK Pangkalan Ampat, PadawanMajlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik dan Tin Aluminium SK Pangkalan Ampat, PadawanMajlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik dan Tin Aluminium SK Pangkalan Ampat, PadawanMajlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan Botol Plastik dan Tin Aluminium SK Pangkalan Ampat, Padawan


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 27 Nov 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Polls