Perkhemahan Alam Sekitar SK Kuala Annau Terima Penyertaan 108 Murid
Posted on 27 Nov 2025
Source of News: NREB
Tatau, 27 November 2025 – Program Perkhemahan Alam Sekitar anjuran SK Kuala Annau berlangsung meriah dengan penglibatan seramai 108 orang murid tahap 1 dan tahap 2, bertempat di Padang SK Kuala Annau, Tatau. Program selama tiga hari itu bermula dari 26 hingga 28 November 2025.
Bagi menyokong usaha meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid, pegawai daripada NREB Bintulu telah dijemput sebagai penceramah utama sepanjang program tersebut. Antara pegawai yang terlibat ialah ECO Norazry, AECO Franky, dan PKA Jabni.
Program berkenaan turut mendapat sokongan guru-guru dengan kehadiran 14 orang guru SK Kuala Annau yang sama-sama menyertai aktiviti dan sesi taklimat yang disampaikan.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan murid mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui ceramah, latihan serta aktiviti interaktif.
Greenhouse Gases Management System (GHG-MS) (Phase 1) – Carbon Emission Report and Flaring and Venting Module
ENVIRONMENT (REDUCTION OF GREENHOUSE GASES EMISSION) ORDINANCE, 2023
GREENHOUSE GAS MANAGEMENT SYSTEM (PHASE 1)
Please be informed that the Greenhouse Gases Management System (GHG-MS) (Phase 1) – Carbon Emission Report and Flaring and Venting Consent module has commenced operation and is now available for access at our website (www.nreb.gov.my).
All Business Entities (BEs) are required to utilize the GHG-MS platform for carbon emission reporting and application for consent on flaring and venting activities. Please click the link below for the user guide manual: