Dua Pasukan Wanita NREB Sertai “Raider of the Coast – Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak 2025”

Posted on 09 Nov 2025
Source of News: NREB
Kuching 8 Nov 2025 - Kelab KERENA (NREB) telah menaja dua pasukan wanita NREB, iaitu Iron Dayung dan Sayang Mama Muda, untuk menyertai Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak 2025 yang bertemakan “Raider of The Coast”. Penyertaan ini bertujuan menggalakkan kakitangan wanita NREB melibatkan diri dalam aktiviti lasak serta memupuk semangat berpasukan dan kesukanan.

Kedua-dua pasukan menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang perlumbaan. Pasukan Sayang Mama Muda turut menamatkan saingan di kedudukan ke-16 daripada keseluruhan pasukan bertanding.

Penyertaan ini mencerminkan kekuatan mental, ketahanan dan kesungguhan peserta wanita NREB dalam menghadapi cabaran, sekali gus menyemarakkan budaya kecergasan dalam kalangan warga NREB.

Laporan oleh Exco KERENA 2024/2025

Dua Pasukan Wanita NREB Sertai “Raider of the Coast – Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak 2025”Dua Pasukan Wanita NREB Sertai “Raider of the Coast – Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak 2025”Dua Pasukan Wanita NREB Sertai “Raider of the Coast – Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak 2025”Dua Pasukan Wanita NREB Sertai “Raider of the Coast – Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak 2025”


BACK