Kempen Kitar Semula dan Pengumpulan E-Waste di tapak parkir pusat komersial, Padawan

Posted on 09 Nov 2025
Source of News: NREB
Padawan 8 Nov 2025 – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan kerjasama beberapa agensi dan NGO termasuk NREB, JAS, DNS Waste Management, Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Foundation telah menganjurkan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik (E-Waste), Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai di kawasan parkir Pusat Komersial berhampiran JPJ, Jalan Kuching-Serian.

Kempen yang bermula seawal 7.30 pagi itu melibatkan penyertaan pegawai dan staf daripada MPP, Trienekens, JAS, NREB, Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Foundation. Pelbagai jenis E-Waste berjaya dikumpul termasuk televisyen, penghawa dingin, telefon bimbit, projektor, mesin basuh, monitor, pencetak, peti sejuk dan peralatan elektrik lain. Turut dikumpulkan ialah bahan kitar semula seperti kotak kadbod, surat khabar lama, botol plastik, tin terpakai serta besi buruk.

Sebanyak 1,108.70 kg minyak masak terpakai dan 432 kg pakaian terpakai berjaya dikumpulkan sepanjang kempen yang berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Kempen ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat, sekali gus menunjukkan kesedaran komuniti terhadap kitar semula dan pengurusan sisa semakin meningkat.

Laporan oleh Cornelius Ra-O

Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula (BEE) di kawasan parkir pusat komersial, PadawanKempen Beli Balik Barangan Kitar Semula (BEE) di kawasan parkir pusat komersial, PadawanKempen Beli Balik Barangan Kitar Semula (BEE) di kawasan parkir pusat komersial, PadawanKempen Beli Balik Barangan Kitar Semula (BEE) di kawasan parkir pusat komersial, PadawanKempen Beli Balik Barangan Kitar Semula (BEE) di kawasan parkir pusat komersial, PadawanKempen Beli Balik Barangan Kitar Semula (BEE) di kawasan parkir pusat komersial, Padawan


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 14 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls