Sibu 3-7 November 2025 - Kursus Investigation NREB 2025 telah berlangsung selama lima hari di Kingwood Hotel, Sibu, melibatkan 25 peserta dan 3 urusetia. Kursus dibuka secara rasmi oleh Ketua Bahagian Sibu, Tuan Manaffery bin Hj Madhan, manakala majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Tsai Koh Fen.
Seramai empat penceramah – tiga daripada UKPS dan seorang daripada NREB – telah menyampaikan ceramah dan latihan berkaitan etika dan tanggungjawab pegawai penyiasat, penyediaan kertas siasatan, jenis keterangan, serta prosedur pemeriksaan tangkapan, suspek, premis, rampasan dan eksibit. Peserta turut mengikuti latihan fotografi siasatan, penyediaan laporan polis dan tatacara membuka kertas siasatan.
Di akhir kursus, peserta membuat pembentangan kertas siasatan kumpulan dan menjalani ujian dalam talian. ECO Affycilla Adries (NREB Miri) diumumkan sebagai peserta terbaik dengan markah tertinggi keseluruhan. Aktiviti senaman dan kawad asas turut dijalankan setiap petang.
Kursus ini telah mencapai objektif penganjuran serta berjaya meningkatkan kemahiran pegawai penyiasat di NREB.
Laporan oleh: Hajah Aliffa Rafini









