Program Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, Limbang

Posted on 09 Nov 2025
Source of News: NREB
Limbang 7-8 November 2025 - Program Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai bersama Komuniti Rh. Tom, Tanah Merah berjaya dianjurkan dengan penyertaan kira-kira 350 peserta dari 15 kampung sekitar Tanah Merah, dua buah sekolah serta wakil agensi kerajaan dan swasta.

Majlis Penutupan disempurnakan oleh YB Dato Paulus @ Palu anak Gumbang, ADUN N.80 Batu Danau. Turut hadir ialah pegawai kanan dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, ketua-ketua masyarakat, serta wakil jabatan dan agensi berkaitan.

Program dua hari ini merangkumi demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, pertandingan mewarna, aktiviti gotong-royong, sukaneka komuniti serta siri ceramah berkaitan pengurusan alam sekitar, keselamatan sungai, dan pengurusan sampah domestik.

Antara agensi terlibat ialah NREB, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Jabatan Pertanian, AADK, Sarawak Forestry Corporation, Persatuan Iban Limbang dan Maltimur Aktif Unggul JV.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara alam sekitar dan keselamatan sungai demi kesejahteraan komuniti.

Laporan oleh Jeslin Kanady

Program Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, LimbangProgram Kesedaran Alam Sekitar, Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Rh. Tom, Limbang


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 14 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls