Program Kesedaran Alam Sekitar Perkukuh Kerjasama Kerajaan & Komuniti di Bintangor

Posted on 14 Nov 2025
Source of News: UKAS
BINTANGOR 13 Nov 2025 : Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat bagi memelihara alam sekitar.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, program sedemikian amat penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab bersama memelihara kelestarian alam sekitar.
“Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh NREB di sini adalah amat perlu dan tepat pada masanya. 
“Kesedaran yang ingin diterapkan dalam program sebegini amat jelas. Kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, namun ia satu tanggungjawab persendirian dan bersama dan tanggungjawab ini perlu berterusan terutamanya di peringkat komuniti agar dapat melahirkan masyarakat yang prihatin akan isu alam sekitar yang nyata mempengaruhi kesejahteraan kita semua,” katanya semasa berucap dalam majlis perasmian program berkenaan di Dewan Masyarakat Bintangor pada Khamis.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menegaskan bahawa perubahan iklim bukan lagi isu global semata-mata, malah Sarawak turut merasai kesannya seperti cuaca ekstrem, banjir, kemarau dan peningkatan suhu yang menjejaskan kehidupan masyarakat luar bandar serta hasil pertanian. 
“Kita perlu mengambil langkah yang lebih serius dalam menangani isu perubahan iklim untuk memastikan kelestarian alam sekitar. 
“Jika isu ini tidak ditangani dengan bijak, generasi akan datang akan menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam mendepani cabaran ini,” katanya lagi.
Beliau juga menyeru masyarakat supaya memainkan peranan aktif dalam memelihara alam sekitar melalui amalan mesra alam serta menyertai program penanaman pokok dan gotong-royong kebersihan.
Menurutnya lagi, Sarawak kini berada pada landasan pembangunan pesat menerusi pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang memberi tumpuan kepada enam sektor ekonomi utama termasuk pelancongan, pertanian moden dan tenaga hijau. 
Katanya, sejajar dengan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2030), Sarawak telah merangka dan melaksanakan pelbagai dasar serta inisiatif hijau yang menyeimbangkan antara pembangunan dan pemuliharaan demi menjamin masa depan yang lebih lestari. 
Dalam pada itu, Datuk Abdullah menegaskan bahawa kesedaran perlu diterjemahkan kepada tindakan dan amalan seharian kerana hanya dengan pendekatan kolektif, keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam dapat dicapai.
Turut hadir ialah ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Datu Jack Liam, Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffery Kendawang, dan Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) Lau Chi Sing. -UKAS

Program Kesedaran Alam Sekitar Perkukuh Kerjasama Kerajaan & Komuniti di BintangorProgram Kesedaran Alam Sekitar Perkukuh Kerjasama Kerajaan & Komuniti di BintangorProgram Kesedaran Alam Sekitar Perkukuh Kerjasama Kerajaan & Komuniti di BintangorProgram Kesedaran Alam Sekitar Perkukuh Kerjasama Kerajaan & Komuniti di BintangorProgram Kesedaran Alam Sekitar Perkukuh Kerjasama Kerajaan & Komuniti di Bintangor


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 04 Dec 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls