Tarikh: 29-30 Oktober 2025
Tempat: Hotel Ames, Melaka
Kerajaan Negeri Melaka melalui Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) menganjurkan Program SETIA 2.0 sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Melaka tahun 2025. Pengisian program ini termasuk seminar, sesi forum, sesi perkongsian dari Ketua Pengarah Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), YDH CP Dato' Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain dan diakhiri dengan majlis perasmian penutup. NREB Sarawak diwakili oleh Audrey Justine Jok, Pegawai Tadbir (Integriti).
Laporan oleh Audrey JJ





