Kuching 1-2 Nov 2025 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Regatta NREB 2025 atas komitmen tinggi dan semangat juang yang telah ditunjukkan dalam acara Sarawak Regatta 2025.
Pasukan wanita NREB telah berjaya meraih tempat ketiga, manakala pasukan lelaki memperoleh tempat keempat. Kejayaan ini mencerminkan kesungguhan serta semangat berpasukan warga NREB dalam menamatkan perlumbaan dan memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan lain yang bertanding.
Semoga kejayaan pada tahun ini menjadi pemangkin semangat kepada pasukan NREB untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah diucapkan!
Dilaporkan oleh Exco KERENA 2024/25
