Serian, 24 Oct 2025 Jumaat - Pertandingan Eco-Band Peringkat Daerah Serian Bersempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak Tahun 2025 telah berjaya berlangsung di SK Triang, Serian.
Program tersebut disertai oleh 4 sekolah dari Daerah Serian, adalah SK Triang, SK Krait, SK Serian, SK Lebor Remun.
ECO Ng Kai Ning dan SAECO Enderawati telah dijemput sebagai juri dan juga memantau persiapan Eco Band yang akan dipersembahkan di Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak Tahun 2025 di Roxy Beach Resort, Sematan.

