Pada 25 - 26 Oktober 2025 berlangsung Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) di ANW Cafe Kuching dan Terminal Bas Sematan Bersempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak Tahun 2025.
Program BEE di ANW Cafe Kuching dengan kerjasama NREB, JAS, DBKU, Press Metal & DNS Waste Management Sdn Bhd manakala BEE Daerah Lundu di Terminal Bas Sematan dengan kerjasama NREB, JAS, Majlis Daerah Lundu, Press Metal & Trienekens.
Program BEE bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pengurusan buang elektrik dan elektronik secara mesra alam melalui amalan kitar semula.
Laporan oleh Ng Kai Ning



