Jemputan Ceramah Program Innowaste MPHLG 2025 Sempena Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak

Posted on 22 Oct 2025
Source of News: NREB
Kuching 21 Okt 2025 Selasa - Program Innowaste MPHLG 2025 telah diadakan sempena sambutan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak pada 19–21 Oktober 2025. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian. Majlis ini bertujuan untuk memupuk kesedaran serta menggalakkan inovasi dalam pengurusan sisa pepejal di kalangan masyarakat, pelajar dan agensi-agensi berkaitan.

Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program ialah Pertandingan dan Pameran Innowaste melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta organisasi luar, Pertandingan dan Pameran Ciptaan Kreatif Innowaste Pelajar, Pertandingan Mewarna untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, serta ceramah pendidikan berkaitan inovasi dan kelestarian alam sekitar.

Program ini  disertai lebih daripada 400 orang peserta terdiri daripada pelajar dan guru sekolah, Ketua-ketua Masyarakat, Kaunselor dan Penghulu, serta wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan inovasi dalam pengurusan sisa dan kelestarian alam sekitar.

Laporan oleh Timah Beskop

Jemputan Ceramah di Program Innowaste MPHLG 2025 Sempena Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam SarawakJemputan Ceramah di Program Innowaste MPHLG 2025 Sempena Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 23 Oct 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls