Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak, Bintulu

Posted on 13 Oct 2025
Source of News: NREB
Lokasi: Kawasan Letak Kereta, Dewan Suarah Bintulu
Tarikh: 11 & 12 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (BEE) Sempena HASN 2025 telah berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2025 bertempat di kawasan letak kereta Dewan Suarah Bintulu. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan e-waste dan minyak masak terpakai secara lestari serta menggalakkan amalan kitar semula.
Antara aktiviti utama ialah pengumpulan barangan elektrik dan elektronik terpakai serta minyak masak terpakai daripada orang awam. Sambutan amat menggalakkan dengan anggaran kutipan 5 tan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dan anggaran 10 metrik tan minyak masak terpakai. 
Program ini melibatkan kerjasama pihak Bintulu Development Authority (BDA), Jabatan Alam Sekitar (DOE), E-Concern (M) Sdn. Bhd. , Green Town ECO Sdn. Bhd. serta pemantauan oleh pihak PDRM.

bee_bintulubee_bintulubee_bintulubee_bintulubee_bintulubee_bintulu


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 14 Oct 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls