Bengkel Promosi Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026

Posted on 03 Oct 2025
Source of News: NREB
Bengkel Promosi Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 Peringkat Sarawak (Zon 2)

Tarikh: 2 Oktober 2025 (Khamis)
Lokasi: Dewan Kuliah, SMK Tinggi, Bahagian Sarikei
Pegawai Terlibat: ECO Ezzah Nawawi, AECO Anelka Frankie & PK Abdul Rahman

Anjuran: Jabatan Alam Sekitar (DoE) Negeri Sarawak

Turut dihadiri oleh: 65 orang guru dari sekitar Zon 2 (Bahagian Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang)

Bengkel ini mensasarkan kelompok guru yang menjadi penggerak utama bagi menyampaikan mesej dan aktiviti berkaitan SLAAS kepada para pelajar. Program SLAAS bagi sesi 2025-2026 ini bertujuan memastikan kesinambungan pembudayaan alam sekitar di kalangan warga pendidik, kakitangan sokongan serta pelajar sekolah. Untuk makluman, Program SLAAS kini telah memasuki kitaran kesepuluh bagi sesi 2025/2026; Tahun 2025 merupakan tahun pelaksanaan promosi program kepada sekolah-sekolah, manakala Tahun 2026 akan menjadi tahun pelaksanaan penilaian. Pendaftaran bagi penyertaan program ini telah dibuka mulai 22 April 2025 dan akan ditutup pada 28 Februari 2026.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar, YBrs. Tuan John anak Rampai dan diikuti oleh Sesi Pembentangan berkenaan dengan:

i.) Pengenalan & Pelaksanaan SLAAS dan Coaching secara Hands-on oleh Pn. Siti Zahirah binti Zahirah, Pegawai Kawalan Alam Sekitar (DoE);

ii.) Konsep dan Pelaksanaan SLAAS oleh Ts. Mohd. Aznor bin Lamat, Penolong Pengarah Kanan (DoE)

iii.) Taklimat Program Sekolahku Warrior E-Waste oleh En. Charlie anak Sibab

Laporan oleh Anelka Frankie

Bengkel Promosi Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 Peringkat Sarawak (Zon 2)Bengkel Promosi Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 Peringkat Sarawak (Zon 2)Bengkel Promosi Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 Peringkat Sarawak (Zon 2)


BACK

 

Best viewed with Firefox, Google Chrome in 1920 x 1080 screen resolution.
© Copyright of Natural Resources And Environment Board Sarawak
Last Updated On 13 Oct 2025

Operation Hours:
Monday - Thursday
8:00 am - 1:00 pm & 2:00 pm - 5:00 pm
Friday
8:00 am - 11:45 am & 2:30 pm - 5:00 pm

Payment Counter:
Monday - Thursday
8:30 am - 12:30 noon & 2:00 pm - 3:00 pm
Friday
8:30 am - 11:00 am & 2:30 pm - 3:00 pm

* Close on Saturday, Sunday and Public Holiday

iso eia
image Announcement
image Polls