- Tarikh: 4 Oktober 2025 (Sabtu)
- Masa: 0800 hrs – 1400 hrs
- Lokasi: Tapak Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Kampung Stabut, Siburan, Serian
* Anjuran: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Serian
* Tema: Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita
* Tetamu kehormat: YB Datuk Willie Anak Mongin, Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo
Pegawai NREB Kuching yang terlibat:
1. Ag. AC Christhe Mansom
2. ECO Nurfarahin binti Yusop
3. SAECO Alvin Martin
4. EA Steve James
Turut dihadiri oleh:
- Ir. Bartholemew Emily Ayu, Jurutera Bahagian, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Serian
- Pn. Suzana Pidan, Pegawai Tadbir di Pejabat Residen Bahagian Serian mewakil Residen Bahagian, Serian
- En. Ranum Bari, Pegawai Daerah Siburan
- Pensyarah-pensyarah Kanan UNIMAS
- Wakil-wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak & Lembaga Sungai-sungai Sarawak
* Jumlah kehadiran: 200 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan, guru dan pelajar SK Pangkalan Kuud, serta penduduk Kampung Stabut.
Ringkasan Program:
i) Sambutan tahun ini menekankan kepentingan peranan komuniti setempat dalam memelihara kebersihan, keindahan dan kelestarian sungai sebagai khazanah negara yang tidak ternilai.
ii) Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang program berlangsung:
1. "Fun Walk" menyusuri kawasan sekitar sungai (disertai oleh Pn. Christhe & En. Alvin Martin);
2. Aktiviti "River Ranger" yang merupakan program pendidikan komuniti berkenaan pemuliharaan sungai (disertai oleh Cik Nurfarahin & En. Steve);
3. Taklimat "River Ranger" oleh pensyarah UNIMAS;
4. Demo penggunaan Acoustic Doppler Current Profiler (ADCP) oleh DID Sarawak; dan
5. Demo Sukan Rakyat oleh JKKK Kampung Stabut.
iii) Majlis penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P. 198 Puncak Borneo, YB Datuk Willie Mongin yang turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan pelbagai pihak dalam memelihara dan memulihara sungai sebagai sumber kehidupan yang penting.
Laporan oleh Alvin Martin Geris




