Kuching, 9 September 2025 - Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah menerima kunjungan kerja daripada delegasi Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) yang diketuai oleh Ts. Dr. Mohd. Aminur Rashid Bin Mohd Amirudin Arumugam.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh ChM Puan Penny Sumok, Timbalan Controller (Operasi), dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian serta pegawai-pegawai dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Polisi dan Perancangan, Bahagian Pemantauan Alam Sekitar, Bahagian Pengurusan Sisa dan Bahagian ICT.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan hasil penyelidikan dan inovasi NAHRIM termasuklah Sistem Pintar Artificial Intelligence (AI) bagi Penarafan dan Pengelasan Kedudukan Sungai-Sungai di Malaysia (AIR3S).
Kunjungan kerja ini diharap dapat menjadi platform kepada kerjasama strategik di antara NREB dan NAHRIM dalam memperkukuh pengurusan sumber air dan pemeliharaan alam sekitar di Sarawak.


