Tarikh: 18 September 2025 (Khamis)
Tempat: Jeti Minyak & Gas, Synergy Port Sdn. Bhd. Pelabuhan Laut Dalam Senari, Jalan Bako
Pegawai NREB terlibat: AECO Alfonso dan EA Michael Mathius
NREB telah dijemput untuk menghadiri Program Latih Amal Pengurusan Bencana Maritim yang diberi nama Major Drill 2025 - Ex Jernang yang dikendalikan oleh IoT Management Sdn. Bhd. dengan berskala 3 (Industry) bersamaan dengan Tier 2, Malaysia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP)
Selain daripada memperkukuhkan kerjasama semua agensi yang terlibat, tujuan utama program ini juga adalah bagi menguji tahap kesediaan dan kemampuan tindak balas semua pihak khususnya daripada pihak IoT Management Sdn. Bhd. itu sendiri dalam menangani insiden yang dipecahkan kepada 3 fasa simulasi iaitu.:
Peringkat Latihan - Phase 1 : Vessel Collision (Pelanggaran Kapal), Phase 2 : Man Overboard (Orang jatuh ke laut dari kapal), Phase 3 : Marine Oil Spill (Tumpahan Minyak)
Turut serta ialah agensi PDRM, Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Alam Sekitar, BOMBA dan banyak lagi.
NREB telah berperanan sebagai pemerhati sepanjang latihan dijalankan.
Laporan oleh Alfonso Nelson


