Simunjan 27 Julai 2025 Rabu - Majlis Penutupan Kem Lestari Generasi Madani dan Majlis Peluncuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Daerah Simunjan Tahun 2025 telah berjaya berlangsung di Dewan Pembangunan Sebuyau, Simunjan.
Antara pencapaian program tersebut adalah seramai 22 buah sekolah dari Daerah Simunjan telah berdaftar dengan NREB bagi penubuhan Kelab PALS. Setakat ini, 43 buah sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Simunjan telah berjaya menubuhkan Kelab PALS.
Majlis program tersebut telah disambut meriah dengan kehadiran Tuan Kenny Poon selaku Timbalan Controller (Pengurusan) bagi perasmian Majlis Peluncuran Kelab PALS Daerah Simunjan Tahun 2025
Semasa ucapan majlis perasmian, beliau telah menekankan kepentingan Kelab PALS sebagai inisiatif untuk memberi pendedahan awal tentang pendidikan alam sekitar dalam warga sekolah, diharapkan hasilnya melahirkan generasi muda yang prihatin terhadap pengurusan dan perlindungan alam sekitar.



