Rabu, 27 Julai - Sesi Perkongsian bersempena Program STEM Synergy Mini Teater STEM Sarawak anjuran Persatuan STEM Kebangsaan dengan kerjsama Sarawak Ministry of Education, Innovation and Talent Development (MEITD) telah berjaya berlangsung di Auditorium PeTARY UNIMAS, Kuching.
Program tersebut bertujuan mencungkil bakat warga murid dalam bidang inovasi berasaskan pertanian, produk makanan, dan produk - produk mesra alam.
Sesi perkongsian tentang kelestarian alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama telah disampaikan agar melahirkan generasi muda yang prihatin terhadap alam sekitar.


