Putrajaya 28 Ogos 2025 Khamis - Sesi Libat Urus Bagi Kajian Penyediaan Penyata Impak Peraturan (Regulatory Impact Statement) bagi Peraturan-Peraturan Berkaitan Kawalan Pencemaran Air anjuran Jabatan Alam Sekitar HQ telah berlangsung di Hotel Pulse Grande, Putrajaya bermula dari 26 sehingga 28 Ogos 2025. Sesi libat urus ini terbahagi kepada sesi pagi yang melibatkan pihak kementerian dan agensi-agensi kerajaan berkaitan dan sesi petang bagi pihak industri.
Matlamat utama libat urus ini adalah untuk mendapatkan input bagi membolehkan semakan semula ke atas peraturan sedia ada seperti Environmental Quality (Industrial Effluent) Regulations 2009, Environmental Quality (Sewage) Regulations 2009 dan Environmental Quality (Pollution Control from Solid Waste Transfer Stations and Landfills) Regulations 2009.
Pindaan ke atas peraturan-peraturan tersebut di atas adalah selaras dengan National Policy on Good Regulatory Practice (NPGRP) yang memerlukan semakan semula perundangan bagi tempoh setiap lima (5) tahun.
Laporan oleh Camer John



