Tarikh : 23 Ogos 2025
Tempat: SK Mudong Roban
Pegawai yang terlibat :
- AECO Mohd Syafiq bin Abdul Majid
- SEA Ganti ak Bali
- EA Al Hafiz bin Abdul Azidi
Tajuk ceramah: Kepentingan memelihara dan memulihara sungai
Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Sekolah Kebangsaan (SK) Mudong, Roban dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep.
Program anjuran Lembaga Sungai Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Sarawak.
Objektif:
- Bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan ketika berada di sungai.
- Menekankan kepentingan menjaga kebersihan sungai sebagai nadi kehidupan penduduk setempat.
Aktiviti:
- Gotong-royong membersihkan sungai
- Ceramah
- Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Sebagai simbolik pemeliharaan sungai, Dato Henry turut melepaskan anak-anak ikan ke Sungai Mudong.
Majlis penangguhan program itu dihadiri lebih 200 orang dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Roban Steve Miller Nuas dan Team Controller Lembaga Sungai Sarawak, Lt. Kol. (B) Ding Tiew Wong.






