Tarikh : 16 Ogos 2025 (Sabtu)
Lokasi : RH. Buan, Rantau Rembai, Ulu Baoh Burak, Dalat District. Mukah Division.
Pegawai NREB Terlibat : SAECO Edward Ambuas, EA Herman B Luyan & EA Mohd. Johari B Samaya
Aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1. Ceramah: Ceramah telah sampaikan oleh KKM, KPDN, NREB, POLIS, Jabatan Pertanian Mukah, Jabatan Vetarinar Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah. Ceramah Peranan dan Tanggungjawab NREB dalam Penjagaan Alam Sekitar dan Hindari Penggunaan Plastik dari NREB telah disampaikan oleh SAECO Edward Ambuas
2. Pameran disertai oleh MDDM, KKM, NREB, JKM, PUSAKA, Jabatan Vetarinar Mukah, APM, Pejabat Daerah Dalat.
3. Program Gotong Royong dan Pengasapan racun serangga di sekitar rumah panjang.
4. Demontrasi pemadaman Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah.
5. Pertandingan mewarna kategori tadika dan sekolah rendah.
6. Demontrasi masakan Wanita PBB Ulu Baoh.
7. Majlis Penutupan dirasmikan oleh Tuan Aini Suhaili pengerusi Majlis Daerah Dalat Mukah bagi mewakili Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N. 57 Tellian.
Kehadiran : Seramai 150 orang komuniti dan juga ketua masyarakat telah hadir dan 56 orang kakitangan kerajaan yang telah terlibat sama dalam program ini.
Laporan oleh Edward Ambuas




